Thursday, February 12, 2015

2015 : DAH DEN KOBARKAN DULU EKAU TAK CAYO

INSAF? DAH TERLAMBAT....... :(


Aku cakap korang kata fitnah, dengki bagai. Tujuan suci aku nak menyelamatkan korang drp penipuan terancang mendapat tentangan dan kutukan malah ugutan, konon korang samsenglah kan.

Sekarang baru nak insaf....sayang semuanya sudah terlambat tak guna engkau kesalkan lagi.

Sudah tersontot baru nak menyesal. So apa lagi, kata pandai nak menghantar Yaasin40 dsb. Apa lagi buat lah pd si bedebah tok encem korang tu. Org cakap dia berlagak, nak pertahankan belagak bukan berlagak, belagak tu encem....hui hui hui geli cekiak aku dengar......hensem sangatlah tok korang kan.

Baru padan muka masing2. Berapa kilo emas yg korang ada sekarang......Alhamdulillah semua dah insaf cuma terlambat 3 tahun untuk insaf setelah diberikan peringatan.

Move forward pandang ke depan, jadikan pengajaran apa yg telah terjadi. Tak ke mana harta haram yg dikumpul belagak pujaan hati korang tu. Maruah dia anak beranak sampai ke cucu cicit termasuk keluarga adik dia si Rozaimy menjadi taruhan hanya kerana wang yang bakal terfana di dunia.

Andai si belagak tak pulangkan wang korang maka masuklah dia ke dalam neraka dek kerana tuntutan hutang korang di akhirat kelak.....dan yg pasti tak de yg MASUK NERAKA KERANA KASIH SAYANG ALLAH SWT....bullshit.

Wednesday, December 28, 2011

2012

Assalamualaikum semua,

Selamat datang 2012. Di kala datangnya 2012 ni, den rasa terpanggil untuk memberikan sepatah dua kata buat sekelian pembaca semua.

Setelah segala fakta dan auta serta temberang dipersembahkan, so kepada sesiapa yg masih ingin percaya kepada temberang hamba Allah ni boleh percaya dan kepada sesiapa yang tak nak percaya, boleh untuk tak nak percaya.

Aku hanya pemberi peringatan, aku tak boleh memaksa anda semua. Sedang Musailamah Al-Kazzab (Nabi palsu) pun ramai pengikut, inikan pula mamat yg tak reti mengaji ni yg "rela masuk neraka dengan kasih-sayang Allah swt daripada masuk syurga dengan kemurkaanNya" ayat tak boleh blah sungguh he he he....cuma aku kesian kat org Melayu Islam kita yg tak habis2 dengan sikap taksub dan taat membabi hutan, yg dari zaman penjajah asyik kena tipu tak habis-habis samada dari bangsa lain atau dari bangsa sendiri....tapi nak buat macamana kalau diri sendiri merelakan ditipu....hanya ada satu kalimah yg paling seswai untuk org2 ortodoks macam ni bila mereka dah sedar yg mereka ni telah tertipu selama ini......ALHAMDULILLAH.

Bersempena dengan 2011 yang akan melabuhkan tirai tak lama lagi, den pun nak melabuhkan tirai jugak....seperti abg lebai dan sahabat seperjuangan yg lain yg dah lama tutup kedai.

Cuma satu pesan hamba yg hina dina ini, buka mata buka minda dan jangan mudah percaya kelak akan mudah diperdaya.

Sekian daripada hamba Allah yg serba dhaif lagi kekurangan.